dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sesi 5 GenAI Program Perkhidmatan Pintar

15 November 2025 | Aktiviti Terkini

Generasi yang mahir gadjet kini tidak terlepas dari menggunakan kecerdasan buatan AI dalam kehidupan seharian. Namun, penggunaan AI yang tidak diajar dengan cara yang betul boleh mendatangkan bahaya kepada individu tersebut. NADI Kampung Gunung Hilir telah mengadakan webinar GenAI khusus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Pada 14 November 2025 telah berlangsung webinar GenAI yang bertajuk Prompt Engineering untuk Menjadi Karyawan Kreatif & Memperkasa Akademik Anda. Selama 2 jam webinar berlangsung, para pelajar didedahkan dengan penggunaan AI dan cara penggunaan AI yang betul melalui aktiviti yang diarahkan oleh tenaga pengajar.

Pelajar juga mempelajari cara penggunaan ChatGPT dan juga laman web SUDO dengan di bawah pemantauan kakitangan NADI. Webinar seperti ini bukan sahaja mengajar pelajar untuk menggunakan AI dengan cara yang betul tetapi dapat juga mengesan penyalahgunaan kecerdasan buatan AI jika berlaku dalam media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.